Dimanakah Abi

Wednesday, July 30, 2008





Dalam damai teratak sepi
menjelma pertanyaan menyentak hati
bermain lah pilu sang isteri
membelai pipi permata suci

ummi dimanakah abi
bergetarlah bibir mencari
perlukah ku kisahkan apa yg terjadi
pada sikecil yg ingin mengerti
sayang abi kekasih ummi
pergi mencari cinta Ilahi

Tidurlah sayang
ummi dodoikan bersama zikir mendamaikan
bangunmu esOk menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman








http://www.soundclick.com/bands/page_songInfo.cfm?bandID=347191&songID=2508062

Saudaraku...

Thursday, July 24, 2008

Kita adalah saudara, asal dari Adam dan Hawa dibuai oleh gelombang dibesarkan zaman dibawah satu cahaya.. Dulu kita ikrar bersama, dari gelombnag sinarnya, kita taat saling berdaya yakin dalam melangkah lewati badai sejarah, pada arah yang sama kita berdiri, pada air yang sama kita bersuci pada takdir yang sama jangan bertengkar, pada doa yang sama usah menyendiri... Sebarkanlah, bersabarlah.. Mari kita renungkan, lalu kita bertanya, benarkah kita manusia, benarkah bertuhan, katakan Dialah tujuan...

Kaki dan Tangan berbicara

Friday, July 18, 2008

Akan datang hari
Mulut dikunci
Kata tak ada lagi

Akan tiba masa
Tak ada suara
Dari mulut kita

Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya

Tidak tahu kita
Bila harinya
Tanggung jawab tiba

Rabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
Dijalan cahaya
Sempurna

Mohon karunia
Kepada kami
Hamba-Mu yang hina

Manusia


Masa kecil ditimang emak, bila remaja dimanja bapa, lalu dewasa banyak lemak, sudah tua nyanyuk pula.. Manusia oh manusia kita, cita2 nak kaya sahaja.. Ralit kejar mengejar. Hati kita mahulah baik.. Tak lawa pun tak apa, tak kaya biar sahaja, asal hati sihat.. Mata telinga mulut dijaga, pincang didunia dibayar disana.. Jagalah selalu.. sedang kita cuma dagang yang merantau, terlalu byk pengorbanan yang perlu kita lakukan.. Sehinggakan kita rasa terharu bila mengenangkan budi dan jasa.. Kita hanya musafir yang menumpang lalu...

Istiqamah (Tetap)

Wednesday, July 16, 2008


Istiqamah itu mudah disebut tetapi untuk melaksanakan memerlukan sesorng itu melawan hawa nafsu yang selalu berubah-ubah. Istiqamah adalah sifat berpendirian walaupun diancam pelbagai pengaruh, lebih2 lagi pengaruh hati sendiri. Sedangkan bagfi yang betul2 memahami tahu bahawa hanya dengan istiqamah kita akan berjaya dalam sesuatu pekerjaan. Walau apa pun terjadai tetaplah pendirian, agar kita tidak dilihat sebagai manusia yang lemah keseluruhannya. Sesungguhnya istiqamah itu sesuatu yang indah. Percayalah, insan yang berjaya mempunyai sifat istiqamah dalam setiap perlakuan. Jangan biarkan diri kita dilihat lagi sebagai orng yang tiada pendirian. Kerana orng beriman itu sudah pasti istiqamah dengan apa yang diimaninya bukan? Carilah diri kita dalam ketetapan pendirian kita, tetap pendirian juga bukan bermakna kita menolak mentah2 setiap nasihat yang diberikan tetapi gunakanlah akal yang sihat dalam mentafsir setiap nasihat itu. Perlaku lah dengan perbuatan, hanya dengan perbuatan kita mampu meyakinkan diri dan orng lain..
Fikir2kanlah....

Kita Sama

Monday, July 14, 2008


Dunia dan keindahan ciptaan Allah itu tidak bisa kita pisahkan.. Kecantikan bagi kita kadang2 kehodohan bagi orng lain, dan kehodohan bagi kita kadang2 keindahan bagi orng lain. Kerana kita berkongsi satu kehidupan yang sama.. Kita bernafas menggunakn udara yang sama, kita berjalan diatas bumi yang sama, kita minum dari air yang sama, kita hidup kerana tujuan yang sama yakni beribadah padanya. Kita semuanya menggunakan perkara yang sama tapi kita tetap bergaduh, tetap menyombong seolah kita dari dunia yang berbeza.. Jadi marilah kita berfikir sejenak, lupakan sengketa kerana kita dari satu ayah yang sama, Adam A.S.

Azan

Saturday, July 12, 2008


> Mukjizatnya Azan
>
> Pesanan Semasa Mendengar Azan...
>
> Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
>
> Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
> berkumandang.
>
> Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
>
> Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
>
> Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
> "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
> Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."
>
> WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
> Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
> 1) Jujur dalam berkata-kata.
> 2) Menjauhi segala yg haram.
> 3) Merendahkan diri.
>
> Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
> 1) Merahsiakan ibadahnya.
> 2) Merahsiakan sedekahnya.
> 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
>
> Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
> 1) Takut berlaku dusta dan keji.
> 2) Menjauhi kejahatan.
> 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
>
> Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
> 1) Mengawasi dirinya.
> 2) Menghisab dirinya.
> 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
>
> Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
> tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
> lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
> bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
> berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Ku Ingin

Friday, July 11, 2008


Setiap daripada kita inginkan sebuah keluarga yang bahagia. Persoalannya dari manakah datangnya sebuah keluarga yang bahgia itu. Ia bermula dari hati seorng insan, seorng ibu dan seorng ayah. Tanggungjawab seorng ibu dan ayah itu amat besar. Sebagai seorng anak haruslah kita memahami bahawa tanggungjawab ibubapa bukan semudah hanya membawa kita ke dunia semata. Kita harus memahami, untuk mendidik seorng anak itu bukan kerja mudah, silap mendidik maka musnahlah sebuah aset keluarga, agama, dan negara. Silap percaturan maka hilanglah segalanya. Wahai anak sedarlah dari mimpi indahmu...

Rindu, Kesabaran, Kebahagiaan


Sesungguhnya rindu itu amat berat untuk ditanggung tatkala ubatnya berada `jauh`. Aku menahan rindu yang peritnya hanya tuhan yang tahu, kadang kala aku terasa ingin berputus-asa, tapi aku terfikir setelah aku melangkah sejauh ini patutkah aku berputus asa? Allah amat benci hambanya yang berputus-asa. Aku harap nasihat aku ini sampai dan meresap kedalam yang lembut hatinya. Bagaimana harus aku yakinkan dia bahawa, dugaan ini hanya sebentar, tawar hanya seketika, belum pernah kesabaran itu memakan diri, kebanyakan orng tabah semuanya bahagia. Bagaimana harus menasihati bahawa hubungan itu adalah ranjau, yang kadang-kadang kita merasa benci, yang kadang-kadang kita merasa tawar, TAPI itulah yang menjadikan hubungan itu manis. Manakan dinilai bahagia itu tanpa dugaan disisi. Kita hanya hambaNya yang lemah, aku telah melakukan kesilapan pada seseorng yang lembut hatinya. Tapi apa makna maaf tanpa melupakan? Bagaimana dianggap memaafkan sedangkan tidak melupakan. Itu bukan maaf bukan??? Kalau diingat akan melumpuhkan hati. Wahai yang lembut hatinya, bagkitlah dari mimpi mainan syaitan yang berjanji akan memisahkan kedua anak adam dan menanamkan rasa benci diantara mereka agar mereka bermusuhan sesama sendiri. Menilai lah dengan mata keadilan, semua manusia layak diberi peluang berkali-kali, kerana sudah WAJIB menjadi sifat manusia itu untuk melakukan kesilapan, kenapa tidak diterima dan diberi peluang? Sempurnakan kita untuk bertindak melebihi sifat tuhan itu?? Sedarlah setiap hari kita sentiasa diberi peluang oleh orng disekeliling kita. Janganlah menjadi seorng yang zalim dan kejam, besarkah kesalahan sehingga menghukum sedemikian rupa? Adakah kesalahan itu dibuat dengan sengaja, ketahuilah tiada seorng pun manusia didunia ini yang mahu lukakan hati manusia lain. Melainkan kesilapan sebgai sifat wajib manusia yang lemah. Jgan di buat alasan, kerna alasan itu menunjukkan kelemahan, alasan itu hnyalah alasan. Jgn berbohong kerana, tidak akan selamanya kita terlepas dengan berbohong. Allah menyifatkan orng yang berbohong itu munafik, tidak kira apa jua alasannya kecuali didalam darurat kerana mempertahankan keimanan padaNya. Kembalilah wahai yang lembuat hatinya, pulanglah, kebahgiaan itu menantimu, hanya untuk hamba-hambaNya yang tabah. Kerana kebahagiaan itu SUATU KESABARAN!

 
Setangkai Rasa Seindah Bicara - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB