Rembulan dihatiku..

Monday, December 8, 2008

ingin ku lepaskan beban ini.. puncak nasuha..


ingin ku lepaskan beban ini... beban yang mencengkam jiwa ku selama ini...
padaMu ku serahkan segala... aku tak mampu menahannya sendirian...
hanya kau yang Maha Pemurah..untuk meredakan hatiku yang gundah....
ku curahkan segala padaMu, perasaan ku yang melara.....
Kaulah yang mempunyai cinta membawa ku ke puncak nasuha...

Ya Allah bantulah aku..... Jangan biarkan diriku terus dibelenggu...
Ampuni dosaku... tiada lain yang kuharap hanya kasih sayang yang suci dan tulus..
membawa ku dibawah pohon yang rimbun... rimbun keampunan...

Jangan biarkan aku lagi begini ya Allah.. izinkan aku kembali padaMu..
Tiada tuhan selain Mu...

Taubat Sebagai Seorang Hamba

Sunday, December 7, 2008

hati aku amat hiba mengenangkan segala dosa-dosa yang telah aku lakukan.. dan ku harap Tuhan menerima taubat hambaNya yang berdosa ini.. aku kesali, aku insafi segala kejahilan dan kekurangan aku ini..

aku dah merasakan derita jiwa dan perasaan selama 4 tahun kebelakangan ini.. kerana hilang jalan menuju redhaMu ya tuhan... atas kesilapan yang kecil tapi Kau berikan ku kifarah yang besar, dan ku tahu itu tanda kasihMu..

di keheningan malam ini aku meminta moga taubatku diterima....

aku mencari cintaMu...
cinta insan yang cinta kepadaMu...
dan juga cintaMu pada insan yang mencintai aku...

aku mencariMu
aku hilang segala walaupun ku punya segala... tanpamu..
kan ku terus mencari dan menanti kasihMu...
semangat abadi....

Ku tahu Kau Maha Pengampun..
Kau Maha Penyayang...
Aku dulu tiada tersedar sifatMu yang Maha Pengasih..

aku tagihkan cintaMu....

Ujian dan kifarah telah banyak aku lalui...
Terima Kasih Ya Tuhan...

Ku tahu dalam derita pasti ada bahagia..
Dan dalam kegembiraan pasti ada terselit duka..

Segala takdirMu, ku terima dengan hati terbuka..
Biarpun tersiksa hari ini menerima.. tetapi ku yakin kasihMu.. ada hikmahnya...
Kau menguji tahap keimanan ku..
Sedang aku tahu ramai berjuta yang Kau biarkan terpesong...
Aku tahu kau mengasihi ku setiap masa..

Ya Allah dengarlah rintihan taubatku....

Wahai tuhanku.. Ku tak layak ke syurgaMu...
Tapi aku takut untuk ke nerakaMu..
Ampunkan dosaku terimalah taubatku...
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa hambaMu..

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai...
Dengan rahmatMu ampunkan aku oh tuhanku..

Wahai Tuhan selamatkan kami ini..
Dari segala kejahatan dan kecelakaan..
Kami takut, kami harap kepadaMu..
Suburkanlah cinta kami kepadaMu..

Kamilah hamba.. Yang mengharap belas dariMu...

Taubat Sebagai Seorang Hamba

Kisah Adam dan Hawa (www.darulnuman.com)

Syurga yang serba nikmat

...egala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.


Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.


Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.


Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.


Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.

Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.


Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.


Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.


Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan.

“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.

(Al-A’raaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

(Al-Baqarah: 38)

Hari Arafah- 9 Zulhijjah

Semoga Allah SWT memberkati semua umat Islam didunia.

Padang Arafah juga telah mencatat peristiwa pertemuan pertama diantara Adam dan Hawa setelah diusir angkara Iblis laknatullah. Selama 40 tahun terpisah.. Hukuman Allah bagi mereka.Ramai antara kita lupa, sejarah ibadat wukuf adalah berkaitan dengan peristiwa ini.

Di padang arafah detik kelahiran umat manusia bermula...

Sempena hari arafah ini, marilah kita umat islam sedar dari kesilapan lalu..

Setiap dari kita pernah melakukan dosa, pernah melakukan kesilapan, kerana Allah SWT menciptakan manusia dengan penuh kedhaifan, yang menjadi ukuran bukan ijazah, bukan harta, tapi yang menjadi ukuran adalah iman dan takwa bukan?

Maafkan sesama kita... kita sama2 hidup didunia, bernafas dgn udara yang sama, berjalan diatas bumi yang sama, berbumbungkan langit yang sama, makan dari rezeki Allah yang sama dan berikrar dengan syahadah yang sama...

"Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 9-10).

"Aku hanya Umar"

Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan
Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan
Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia
Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi
Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku?
Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan

ayat-ayat Ust. Akhil Hayy

Saturday, December 6, 2008

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.


Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.


Umur mu banyak mana dah mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita
akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.

ayat-ayat ilmu

kita dah besar, ilmu dah banyak... so kita reti nak menilai kehidupan ni.. hakikatnya mmg aku copy paste, ini berdasarkan suruhan nabi SAW sebarkan ilmu walaupun seayat.. dan betul apa yang nabi katakan, jalan menegakkan kebenaran ni bukan mudah.. sebesar mana kebaikan kita cuba sampaikan tetap akan ada orng akan lempar "taik" pada kita... dan yang amat menyedihkan bila orng ISLAM kita sendiri yang melakukan demikian..

but, sabarlah, kita gagah kerana berjaya mengawal marah.. diaorng kalah kerana gagal mengawal nafsu...

mengalah bukan ertinya kalah... tapi jauhkan diri dari kebinasaan itu lebih utama.

kalau kita dah cuba tunjukkan, dah cuba selamatkan tapi kalau diri sendiri buta untuk melihat, jadi terserah pada individu..

hidayah itu daripada Allah SWT. so beruntung sapa yang dapat, dan sgt2 rugi sapa yang x dapat...

nway, mcm2 perkara yang berlaku dalam 3 minggu ni, buat aku matang dalam mengenali orng sekeliling.

yng penting apa yang aku pelajari ialah, ada orng merasakan dirinya ada byk ilmu tapi sedikit darinya yang menjadi manfaat, ada orng sedikit ilmunya, tapi manfaat nya seluas semesta alam...

fikir2lah... kesenangan didunia BUKAN jaminan kesenangan di akhirat? bukan?

Khas untuk wanita, dan perkara yang Allah sembunyikan..

Friday, December 5, 2008

Mulut satu kurniaan tuhan yang amat berharga dan luar biasa.

Tetapi malangnya,ramai yang tidak arif menggunakannya,

Mulut boleh memberi semangat dan ia juga boleh membunuh semangat.

Mulut boleh mengamankan dunia dan ia juga boleh membinasakan dunia.

Tutur kata yang manis pembuka bicara,

Ini kerana kadangkala percakapan membayangkan perwatakannya.
Perempuan yang dipandang mulia adalah yang pandai menjaga budi pekertinya,

Walaupun dia tiada rupa tapi budi pekertinya sudah cukup untuk segala-galanya,

Perempuan yang dipandang hina adalah perempuan yang cantik tetapi tiada adab sopannya,

Walaupun dia cantik tetapi dia tetap hina kerana perwatakannya.

Perempuan yang tidak cantik ditambah pula perangainya yang kurang sopan,dimanakah kedudukannya?

Ini kerana kadangkala perwatakan mencerminkan keayuan.



Agama menegaskan tentang etika pemakaian dalam seharian.

Yang seksi bukan diminati tetapi dipergunakan,

Yang sopan bukan disisih tetapi disegani.

Tidak guna bertudung tetapi memakai kain sendat dan singkat.

Tidak guna bertudung tetapi memakai kain terbelah dan jarang.

Yang paling penting,tidak guna bertudung tetapi tudungnya disingkapkan.

Ini kerana kadangkala keayuan diserlahkan melalui pemakaiannya.


Perkara yang Allah sembunyikan..:

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi
yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat
yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua
rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat
atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan
terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga
ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang me reka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalamsemua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Waallahualam..

Dari Hawa untuk Adam...

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.


Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi
tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku
adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang
akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau
pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Bacalah.. Bacalah dengan nama Tuhanmu..

Thursday, December 4, 2008

betul bukan kita yang menentukan sama ada syurga atau neraka.. apa yang aku bgtau cuma peringatan.. sedang Allah memberitahu "...tinggalkan perkataan yang berbekas dijiwa mereka". lagipun sudah terang lagi bersuluh dalam al-quran bahawa yang dosa itu neraka pahala itu syurga.. bukan senang untuk ke syurga, bukan susah untuk ke neraka.. kdg2 sebab benda kecik kita boleh masuk ke neraka.

"maka apakah mereka tidak memerhatikan al-quran? Kalau kiranya al-quran itu bukan dari Allah. Tentulah terdapat byk percanggahan didalamnya" an-nisa`82.

dan diketahui umum dosa fitnah lagi besar dari dosa membunuh mengikut dalil quran dosa membunuh adalah :


"dan barangsiapa membunuh dgn sengaja , maka balasannya neraka JAHANNAM, kekal didalamnya, Allah murka, dan mengutuknya serta disediakan azab yang maha besar" an-nisa` ayat 93.

jadi kalau sudah begini akibat dosa membunuh bagaimana pula fitnah yang sedia maklum dosanya lebih besar dari membunuh? fikirkan2 lah kalian..

kita semua punya kawan2... tapi kita harus sedar diantara kawan2 kita akan ada mengajak ke syurga dan juga ke neraka...

dalil quran dalam surah annas
".. dari golongan jin dan manusia"

bermakna syaitan itu terdiri dari golongan jin dan manusia? bagaimana seorg yang beriman boleh membuat tuduhan buruk pada orang lain sedangkan dia bukan dalam keadaan teraniaya?? iman itu percaya dgn hati, berucap dgn lidah, berbuat dgn perbuatan.. hilang satu sifat ini maka hilanglah iman..

aku x akan sesekali mempertahankan kawan2 aku yang melakukan kesalahan.. aku cuma menasihati.
sabda nabi SAW, kullil haq walau kana murron. bercakap benar walaupun pahit sekalipun..

dan kita harus ingat degree bukan segala2nya.. ilmu itu bukan pada pointer, bukan pada catatan diatas kertas.. kalaulah degree tu mampu dibawak masuk kedalam kubur then tunjuk pada malaikat yang kita ada degree, then malaikat pun lepaskan kita sebab ada degree, itu lain crite... budak2 pun tahu, didalam kubur yang tinggal hanya amalan soleh.... len la kalau kita ni hidup kerana dunia..

ada sstgh orng baru grad, dpat dean list tapi dia punya seronok mcm dia sorng je yang dapat mcm tu.. x betul mcm tu.. kesyukuran bukan pada ucapan syukur itu.. tapi pada perbuatan.. kerana iman itu , membenarkan, mmengucap dan membuat... bgamana nak dikatakan bersyukur kalau hukum tuhan dia mungkiri??

ada sstgh orng juga x reti nak menilai lagi antara dunia dan akhirat.. mempertahankan kesalahan ada lah serupa dgn membuat kesalahan itu sendiri..

aku nak ingatkan balik kat sini:

"DOSA FITNAH, GHIBAH ADALAH DOSA TAK TERAMPUN OLEH ALLAH MELAINKAN ORNG YANG DIANIAYA!"

dan hanya orng yang betul2 di aniaya yang layak untuk menyebarkan ghibah, bukan kawan2 dia... faham? ni kan pelik, orng yang mengaku dianiaya tu xde pulak nak kecoh2, tapi kawan2 dia yang lebih2....

nabi SAW dah ingatkan,
dunia akhir zaman ni fitnah itu akan menjadi wabak yang tak dapat dibendung, dengan tanda2 akhir zaman dah muncul sekarang ni.. ramadhan baru2 ni pun, beberapa kejadian tulisan al-quran hilang, dan ilmu faraid dah mula dilupakan, murtad menjadi2...

hidup ini bukan untuk dunia, tapi dunia untuk akhirat..

barangsiapa mahukan dunia, dia beroleh dunia.. barangsiapa mahukan akhirat dia akan beroleh akhirat, barang siapa memilih keduanya dia akan dapat keduanya, tapi, akan ramai memilih dunia.... itu hakikat..

moga2 satu hari nnt, anda semua akan sedar dari kesilapan ni,anda seharusnya meminta maaf pada insan yeng dah anda aniaya....

aku tidak bersendirian...

Wednesday, December 3, 2008

" mereka itu adalah orang2 yang Allah mengetahui apa yang ada didalam hati mereka. Kerana itulah berpaling dari mereka, berilah mereka pengajaran, dan katakan pada mereka perkataan yang berbekas di jiwa mereka" an-nisa` ayat 63.

so aku dah tunaikan suruhanNya, aku dah pertahankan maruah dan keadilan. dan aku x bersendirian utk hadapi semua ni, kawan2 aku semua memahami ( yang betul2 kawan). diaorng lebih kenal aku dari budak tu.. apa yang budak tu cakap sekadar hawa nafsu amarah. entah apa x puas hati, xpernah nak face on ngan aku,, aku bersedia je bila2 nak face on.. aku x pernah buat salah so x de apa yang perlu aku takutkan!

barulah aku tahu siapa kawan dan siapa musuh. kawan2 itu akan bersama kita, bukan menghasut, tetapi sokongan yang diberikan, penghargaan pada kita walaupun kita ni kambing ataupun cetek akal.. kambing pun tahu takutkan Allah SWT dan orng yang cetek akal lebih mulia daripada mulut yang menyebarkan aib orng..

yang membezakan antara orng yang baik dan tidak baik adlah iman dan takwa, bukan akal dan rupa paras manusia ( manusia kambing tadi kan). orng yang waras x akan kata orng lain x berakal, orng yang baik x akan sebarkan aib orng..

wahai sahabatku yang sejati, aku amat2 hormati kamu semua... aku doakan supaya SYURGA dalam genggaman kalian!! Terima kasih kerana menjadi sahabat yang terbaik untuk aku. dan kalau boleh, biarkanlah hamba Allah tu, xperlu kita kacau dia lagi. kalau dia x puas hati lagi, aku sendiri akan jumpa dia ok? orng mcmni kita kena jumpa depan2...


Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

warna-warna cinta...

Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

dari http://anugerahagung.com/index.php?option=com_content&task=view&id=122&Itemid=1

Saturday, November 29, 2008

BAHAYA MENABUR FITNAH & MENGUMPAT PDF Print E-mail
Written by Master Rizal
Thursday, 13 September 2007

Hadis Huzaifah r.a katanya:
Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah


DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(HadisRiwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasullullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasullullah S.A.W. bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi." (Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)

Diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

p/s: Ilmu yang bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarkannya meskipun dia sudah mati. wallahualam"

Bahawa di dalam diri anda terdapat segumpal darah, yang apabila baik segumpal darah tersebut maka akan baiklah diri anda, namun apabila buruk segumpal darah tersebut, maka akan buruk pulalah diri anda, dan segumpal darah tersebut adalah hati…Al-Hadits

Renunglah kata-kata Guru saya sebagai pedoman hidup anda:

Orang yang mempunyai karomah di MULUTnya, apa yang dia perkatakan akan menjadi kenyataan.

Tetapi orang yang MULUTnya masih kotor : suka berbohong, mengumpat, mencaci, menghina, mengutuk, merendahkan orang, suka berdebat, banyak cakap, banyak ketawa dan menyakiti hati orang, TIDAK MUNGKIN MEMILIKI karomah.

Dunia ini sudah banyak kerosakan. Kalau orang yang MULUTnya kotor mempunyai karomah, akan bertambah kacaulah kehidupan di bumi ini.
Orang yang mempunyai karomah di FIKIRANnya, apa yang dia fikirkan menjadi kenyataan.

Tetapi orang yang FIKIRANnya masih kotor : suka memfitnah, membuka rahsia dan aib orang, mengadu domba, menipu, mereka cerita, menjatuhkan orang lain, ingin menang sendiri TIDAK MUNGKIN MEMILIKI karomah.

Dunia ini sudah banyak kerosakan. Kalau orang yang FIKIRANnya kotor mempunyai karomah, akan bertambah kacaulah kehidupan di bumi ini.

Orang yang mempunyai karomah di HATInya, apa yang dia inginkan akan menjadi kenyataan.

Tetapi orang yang HATInya masih kotor :suka marah, benci membenci, dendam, irihati, sombong, angkuh, suka dipuji, cinta dunia, cinta pangkat TIDAK MUNGKIN MEMILIKI karomah.

Dunia ini sudah banyak kerosakan.Kalau orang yang HATInya kotor mempunyai karomah, akan bertambah kacaulah kehidupan di bumi ini.

Fii Sabilil Haq, Fastabiqul Khairaat.

aduh, adui dan . . .

entahlah, apa yang bermain difikran sekarng, terasa kosong... kenapa? ya, untuk pertama kalinya dalam hidupnya aku merasa putus-asa... sedih sungguh manusia2 yang buat aku rasa putus-asa ni.. penat, dan puas aku terangkan mengapa masih keras hati untuk menerima kenyataan? kalau kata2 orng itulah merupakan bukti yang ulung, yang tidak disangkal mengapa tidak dijadikan sahaja pedoman hidup? tidak kah orng yang biasa bercakap benar itu menipu dalam hidupnya? dan tidak bisakah orng yang berckap bohong itu bercakap benar?? jgn melulu dalam membuat pertuduhan, dalam mahkamah pun kes kecil pun bukan selesai dalam masa sebulan dua... ini untuk jaga keadilan semua pihak... mmg kita rasa kita bagus untuk memeprtahankan kawan kita but jangan lupa kita mungkin membunuh semnagat insan lain yang ingin berubah... cerita yang lama, kisah yang silam biarkanlah ianya berlalu... Kalau betul kita ni UMAT MUHAMMAD SAW, kita xkan megungkit kesalahan dan keaiban orng.

dipetik dari "http://www.freelists.org/post/salafy/Ghibah-Antara-Terlarang-dan-Yang-Diperbolehkan"

ghibah adalh berkata2 ttg keburukan dan keaiban orng mukmin yang lain.

Ghibah ini haram hukumnya dan sangat dicerca. Ibnu Katsir rahimahullah
berkata : [ Karena itulah Allah Tabaraka Wa Ta?ala menyerupakan perbuatan
ghibah ini dengan memakan daging manusia yang telah mati, sebagaimana Dia
berfirman : ?Sukakah salah seorang dari kalian memakan daging saudaranya
yangtelah mati? Maka tentunya kalian tidak menyukainya (merasa jijik



dipetik dari "http://www.bajubusanamuslim.com/artikel/5/jangan-tukar-pahalamu-dengan-dosa-saudaramu.html"

Jangan Tukar Pahalamu dengan Dosa Saudaramu
Semua tahu, bahwa ghibah, menggunjing itu dosa. Entah kenikmatan macam apa yang menyebabkan seseorang merasa enjoy ketika memakan bangkai saudaranya. Entah kepuasaan apa pula yang dirasakan sehingga seseorang merasa lega dan tersanjung saat menceritakan aib saudara muslimnya.

Bahkan, orang yang memiliki hobi menggunjing tak mampu pula menahan lisannya, meskipun ia sedang berada di mejelis-mejelis yang utama. Di majelis ilmu, ia 'sempatkan' untuk menggunjing. Saat menghadiri undangan walimah, dijadikannya sebagai ajang untuk menyebarkan informasi tentang aib seseorang muslim yang berhasil ditemukannya. Dalam waktu yang bersamaan ia memperhatikan hal-hal yang ganjil di tempat acara sebagai bahan untuk diobral di majelis yang lain. Begitupun ketika bertamu, dia mengajak tuan rumah untuk menjadi partner ghibah, sekaligus mencari-cari aibnya, siapa tahu ada bahan yang bisa disebarkan ke orang lain. Ia seperti orang yang memilih bergumul dalam comberan di tengah taman bunga yang indah dan wangi. Tempat dan momen yang mestinya ia pergunakan untuk memperkaya pundi-pundi pahala, justru digunakan mengumpulkan dosa di dalamnya.

Padahal, kehinaan perilaku ghibah luar biasa. Di dalam Al-Quran, Allah mengumpamakannya dengan memakan bangkai saudaranya. Bahkan bau busuknya pernah tercium oleh Nabi SAW dan para sahabatnya, sebagaimana yang dikisahkan oleh Jabir bin Abdillah, "Suatu kali kami bersama Nabi SAW, tiba-tiba kami mencium bau busuk yang menyengat, lalu Rasulullah SAW berkata, "Ini adalah bau busuk orang yang menggunjing orang-orang mukmin." (HR. Ahmad, Ibnu Abid Dunya)

Karenanya, ketika Amru bin Ash melewati bangkai seekor bighal yang telah membusuk, ia berkata kepada teman-temannya, "Sungguh seseorang memakan bangkai ini hingga perutnya penuh, itu lebih baik daripada ia memakan daging saudara muslim (menggunjingnya)."

Di samping menjijikkan, ghibah itu laksana penyakit kronis yang berbahaya. Seperti yang dikatakan oleh Hasan Al-Bashri, "Demi Allah, ghibah itu lebih cepat menggerogoti agama seseorang dibanding penyakit kronis yang menggerogoti jasadnya."

Kelak, mereka akan terkejut, pahala amal shalih yang telah dikumpulkannya ternyata ludes untuk membayar dosa ghibah yang dilakukannya. Jika kebaikan habis, keburukan orang yang digunjing akan ditimpalkan kepadanya. Sungguh ironi, ia menukar pahalanya dengan dosa saudaranya.

Yang lebih mengerikan, apa yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, "Ketika aku dimi'rajkan oleh Allah, aku melihat suatu kaum yang memiliki kuku dari tembaga, mereka mencakar wajah dan dada mereka sendiri, lalau aku bertanya kepada Jibril, "Siapakah mereka itu wahai Jibril?" Jibril menjawab, "Itu adalah orang yang suka memakan daging saudaranya dan menodai kehormatannya." (HR. Abu Dawud)

Semoga Allah menjaga lisan kita dari dosa. Amin.

Disadur dari : Majalah Islam Ar- Risalah Hal. 9 No. 83/Vol. VII/11 Rabiul Tsani-Jumadil Ula 1429 H/Mei 2008

Friday, November 28, 2008




tgk makcik aku. petani moden

berkorban demi cinta suci....

biarpun bersama kekurangan namun bersyukur kurniaan tuhan... bila cinta suci itu hadir, percayalah ujian yang ditimpa bukan mudah... kita akan dicaci dihina, tiba2 ada orng bercerita tentang keburukan kita... tapi sedarlah hanya cinta sejati yang lahir dari hati yang tulus akan mampu bertahan..... bertahan dan terus bertahan...

tabahkanlah.....

berikan aku secebis ketabahan dalam menempuhi dugaan yang semakin menguji ini... aku tahu diri ini lemah, maka bantulah aku menyerap segala tekanan yang bertubi2 ni... izinkan aku bernafas tanpa sekatan... x terucap kepiluan ini... wahai insan yang berjaya menambat hatiku.. maafkanlah andai diri ini berada dalam segala kekurangan.. hanya kesabaran darimu yang aku pohonkan...

maafkanlah

Tuesday, November 25, 2008

aku bukan berpura-pura dalam perjuangan ni.. aku x pandai untuk menyulam rahsia... tanyalah sendiri pada aku jika kamu mendengar perkara2 aib ttg aku, akan aku jelaskan satu persatu, jangan terus menghukum tanpa soal bicara...

Bernafas nafas yang baru...

Sunday, November 23, 2008

selama ni aku mudah dipermainkan, selama ni aku mudah tertipu, selama ni aku senang dicaci dan dihina...Mulai sekrang aku akan mulakan hidup baru, akan aku bernafas dgn penuh yakin, segala fitnah tohmahan akan aku tepis, biarpun jiwa menjadi harga... aku akan berubah menjadi insan yang terbaik, seluruh alam menjadi saksi.. Pengorbanan menjadi nilai ke takterhinggaan..!!

Nilai Cinta

Wednesday, November 19, 2008

Cinta yang engkau berikan
Pada seorang teman
Itu tanda sempurnanya iman
Bila dengan tulus hati
Kau mencintai
Dirinya bagai diri sendiri
Simpati kepada sesama
Buat kita terbiasa melihat dari sisinya
Bagaikan raga yang sama
Sakit dirasa semua tiada merasa beza
Kita hidup berdampingan
Saling memerlukan
Cinta kasih dan sokongan
Semua akan kau temui
Saat kau mencuba
Bersama saling peduli
Rentangkanlah kedua tanganmu
Tebarkan kedamaian pada sesamamu
Bentangkanlah samudera kasihmu
Duka berbagi cerita
Bahagia kita bersama
Cinta-Nya tak pernah berbeda
Bagi seluruh manusia di mana adanya
Di sana hikmah kasih-Nya berada
Tuk raih kebahagiaan bagi setiap insan

Nilai cinta
Yang kau berikan pada sesama
Nilai cinta
Yang kau bagikan untuk semua

Terimalah ya Tuhan...

Di malam sepi kusujud menghadap-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Oh Tuhan Yang Esa
Kucemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan
Kutahu Dialah penerima taubat
Walaupun kusering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah
Cintaku dambakan hanya pada-Mu oh Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Kusering berjanji namun sering kumungkiri
Janji yang tak pernah lagi kutepati
Kupasrahkan segala pada-Mu oh Tuhan
Jangan kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Kumohon jauhkan diriku dari azab-Mu

Jangan mencari kesalahan orang...

Tuesday, November 18, 2008

Firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Antara ulama tafsir yang memberikan tafsiran yang teliti tentang maksud al-Tajassus dalam ayat ini ialah al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H). Beliau menafsir maksud ayat wala tajassasu (jangan kamu mengintip) tersebut: “Ambil apa yang nyata, jangan kamu mencari-cari keaiban kaum muslimin, iaitu jangan kamu cari keaiban saudaramu untuk kamu melihatnya setelah ALLAH menutup”.
Bahkan Syaikh al-Mufassirin, Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) sebelum itu telah menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya: wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: “ALLAH melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain.

Raye...

Monday, November 17, 2008





NI yang paling best bila semua adik2 aku ada kat kampung... apalagi aku sebagai commander of the fleet adik2 aku, mengisytiharkan main mercun.....korng yang g beli mercun, main mercun, guna duit aku, pastu korng baling mercun mancis kene kain aku, berlubang tau x... pastu sorng2 kena marah ngan Yang Di-pertuan abah.. padan muka korang ngan muka aku sekali...





Kira-kiranya....

Assalamualaikum WBKTH, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum..

Kali ni aku akan berbicara santai... Banyak yang nak diluahkan dalam hati ni... Lebih-lebih lagi bila bercakap tentang perasaan.. Kadang-kadang aku rasa ada ke yang faham aku ni, ataupun aku faham seseorng.. Susah nak cari orang yang betul2 memahami, ye la tak akan ada orng yang sama dalam dunia ni kan? Ye tak? Tapi jumaat lepas aku berjaya melepaskan satu tekanan yang cukup hebat dalam satu semester ni... Tapi kena tunggu pulak sampai hari ni (selasa, semasa artikel ini ditulis), tapi tak pe sabar dan tenang itu penting.. Tunggu lagi.... Tapi nak bagitau kat rafiq la, ombak87.blogspot.com tu dia dah x sabar2 nak kahwin bak katanya.. Bagus2 cepat2lah kahwin, biasanya dah kahwin hati akan tenang, rezeki pun bertambah.. Yang lagi best dia muda dari aku dua tahun, dah fikir kahwin, bagus tu encik rafiq.. Jagn jadi mcm orng sekrang target kahwin umur 30, 40 tahun, pelik2, hebat benor imannya dapat tahan dugaan dunia ni.. aku nak kongsi ngan ko la rafiq, jodoh ni ada sekeliling ko je, jangan pandang jauh2, sebab nanti jadi, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata x nampak, bila dah kene himpit ngan gajah tu baru nak perasan, bila dan kene himpit gajah, alamatnya headline kosmo pagi esok la.. Yang penting bukan cantik.. tapi redha, perkahwinan tu sendiri atas dasar redha, jgn cari cantik2 nanti hati x senang takut bini dikebas orng.. Apa2 hal mulakan dengan cinta yang ikhlas, mcmne cinta ikhlas ni, cinta ikhlas tu cinta yang memberi bukan cinta yang meminta.. Ingat je, kita bagi sesuatu yang baik, kita kan dibalas baik.. jarang susu dibalas tuba, melainkan kalau ada orng jual susu cap tuba... tapi x best la, kita kan budak kimia rafiq, guna istilah kimia la, " jarang baja organik dibalas racun arsenik" ok ke mcm tu? ko buat je baik kat orng tu, tapi jgn lupa kita pun manusia gak, kdg2 nak buat baik boleh jadi salah faham pada orng yang x mengerti... sebab orng melayu kita mmg terkenal dgn sifat jaga tepi kain orng, mcm x cukup kain je...

Buat seseorng... ini adalah untuk ANDA:

Kuharap kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai

Kuharap kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Kerana Tuhan
Hanya mahukan
Kejujuran dan keikhlasan cinta...

Memori 2008





Ansar Muhajirin - Satu flashback perjuangan


Nabi SAW dan Asma`beriringan dalam bahasa yang sama, melihat ke depan dengan pandangan yang tulus,memandang kebelakang dengan fikiran yang jerlus,mengingkari kerajaan hati dalam keadaan yang sangat lurus,menjelma perasaan sedih yang amat,tanah yang membesarkan anak dan isteri ditinggalkan, Makkah al-mukarramah pasti suatu hari nanti akan membawa kejayaan.. Ansar Muhajirin.

Kau sambutlah kami dengan doa, dan kami pun datang dengan iman, kami bukakan pintu kota yang lama tertutup dan kami bukakan pintu hati menyambutmu, semoga kita bisa menemukan satu kekuatan lambang keimanan, hanyalah cinta Kudus yang membawa jalan lurus, dalam perjalanan yang penuh debu-debu, kehausannya merupakan satu peluru yang bisa menangkis dugaan yang datang meluru, perisai itu tak bisa lebur. Kibarkanlah panji-panji menyambut cinta suci, kami bawakan untuk diuji segala kekosongan akan terisi, sambut tanganku, genggam keimanan, hulur tanganmu jangan terlepas. aku datang bukan kerana lari dari kelemahan ataupun lari dari tekanan yang datang bertubi-tubi aku datang kerana ingin mengukuhkan segala kekurangan yang ada dalam diriku ini, dengarlah pada kalimah ini semoga hati tidak terkunci, kerana kunci adalah hati, andai terkunci hati kan mati....

Mari kita renungkan bersama...

Sunday, November 16, 2008

Saya terfikir bila seorng pensyarah sy berkata, " jodoh itu seringkali berada berhampiran kita, jarang kita bertemu dengan jodoh yang jauh, dan kadangkala jodoh yang terbaik itu hadir, tetapi seringkali kita menggunakan alasan belum bersedia, jadi siapa yang harus dipersalahkan jika merungut kenapa belum hadir jodoh saat kita berasa bersedia, dan jika bertemu pun barangkali seseonrg yang kita rasakan tidak serasi, tetapi ingatlah kita telah menolak saat jodoh yang terbaik pernah hadir didalam hidup kita, kerana itu perkahwinan itu adalah satu keredhaan bukan satu impian. orng yang redha beroleh ketenangan tetapi orng yang berimpian hanya beroleh angan2." Ramai orng bertanya mengapa sy menulis tentang cinta dan jodoh, sy menulis opik ini adalh kerana ramai generasi sekrang yang tidak memahami erti jodoh dan inta. Dan ayat yang terbaik pernah sy dgr adalh, jodoh itu telah ditetapkan. Betul jodoh itu sebahgaian dari rezeki yang ditetapkanNya tetapi adakah rezeki itu datang dgn bergolek tanpa usaha? Ya, ia akan datang tetapi sesuai dengan usaha kita bukan?? Fikir-fikirkanlah bersama... Allah tak pernah halang kita untuk berusaha, malah ia sesuatu yang dituntut..



Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

S&T

assalamualaikum, salm muhibbah...habis dah paper S&T... dan paper tu mmng meninggalkan kenangan buat aku yang bak lagu indon tu, kenangan terindah.. kesabaran selama satu semester akhirnya terlerai juga... tapi nak kena tunggu hari selsa ni plak sampai abis studi...

Rintihan ku pada Mu Tuhan...

Monday, October 27, 2008


Dalam mengenang kisah hidup silam, ku sedar dari kesilapan lalu, Tuhan beratnya dosa-dosaku, masihkah ada ampunan buatku? Tuhan dalam menempuh hidup ini, Banyaknya dugaan yang datang menguji, Tuhan ada yang dapat ku gagahi dan ada yang gagal ku hindari... Tuhan dosaku menggunung tinggi tetapi taubatku tak ku tepati, Tuhan rahmatMu melangit luas terlalu sedikit ku bersyukur, kini ku kembali padaMu mengharap margfirah dariMu mogakan terampunlah dosa-dosaku, Biarpun ujian tetap melanda namun ku tetap berkasih padaMu, kerana ku yakin kasihMu, tiada sudahnya...

Menangislah...

Friday, October 24, 2008


Menangislah kadang manusia terlalu sombong untuk menangis, lalu untuk apa air mata telah dicipta, menangislah, dibahuku kau berikan ku kepercayaan, bahawa laramu adalah haru biruku kerna aku adalah sahabatmu, menangislah dibahuku kudisini untukmu...

Maafkan Teman

Wednesday, October 22, 2008


Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....

Maafkanlah...

Tuesday, October 21, 2008

Aku dambakan cinta, cinta sejati yang kekal selamanya, walaupun pahit jalan menujunya, tapi demi keredhaanMu ku tempuhi jua... Kerna cinta lahir dari sanubari biarpun perit menuju cintaMu namun sedikit pun tidak menggoyang tekad ku, biar diracun di dunia ku kan cekal tempuhnya...

dari "live of mastersiasi"

Saturday, October 18, 2008

cinta insani yang tidak abadi..
cinta Allah penuh kenikmatan dan kerahmatan...

Menyoroti kisah habil dan qabil di dalam sorotan qisasol anbiya' yang kedua-duannya membelakangkan hubungan persaudaraan sedarah sedaging semata-mata hanya kerana seorang wanita yang sama-sama dicintai iaitu Iklima.Umum mengetahui habil dan qabil ialah anak nabi pertama didalam islam iaitu nabi Adam alaihissalam.Nyata disini iman itu tidak boleh diwarisi dari keturunan,malah ianya perlu dicari sendiri melalui jalan amal soleh dan jalan taqwa.

Rasulullah,sahabat-sahabat,tabi'in,ulama-ulama' banyak yang berpandangan bahawa cinta terhadap pencipta adalah cinta yang abadi dan kekal untuk selamanya.Cuba kita lihat jika kita mencintai seseorang insan apapun kita sanggup buat untuknya bahkan kentutpun bau wangi.Lihat contoh seorang wanita dizaman awal islam yang bernama Rabiatuladawiah,lihat bagaimana munajatnya kepada Allah begitu tinggi sehingga beliau dilamar oleh seorang alim yang bernama Hassan Albasri beliau menolaknya kerana takut munajatnya terhadap yang esa akan berkurang dan terganggu.

Firman Allah "katakanlah jika kamu cinta dan sayang kepada Allah maka turutilah dia (ikut segala perintahnya),cintaila kamu kepada Allah maka akan diampunkan dosa-dosa kamu"....surah Albaqarah.

Ayat ini cukup jelas menyatakan bahawa cinta kepada Allah adalah yang lebih utama daripada cinta insani.Namun begitu sekarang ini terdapat berbagai-bagai pendapat mengenai cinta kepada insan.Ada yang menyatakan bahawa cinta kepada insani ini boleh dan harus asalkan ia dibatasi syariat Allah.Ada juga berpendapat ia adalah zina hati seterusnya mengharamkannya.Ada juga yang berpendapat bahawa ia perlu bagi melahirkan keserasian diantara kedua-dua pasangan.Namun ia bergantung kepada seseorang individu untuk menilai pendapat yang mana kuat hujahnya pada benak pemikiran mereka.

Situasi sekarang ini bila kita lihat agak merbahaya kerana cinta yang sering diagong-agongkan sering menghasilkan natijah yang buruk.Sebagai contohnya ialah hubungan terlarang,zina,lahirnya anak luar nikah dan ada yang sangup membunuh diri kerana kecewa dengan percintaan.Lebih teruk lagi ia melanda teruk dikalangan remaja islam.Dimanakah hilangnya nilai dan maruah mereka?siapa yang harus dipersalahkan?ibu-bapa,sistem pendidikan negara kita atau guru-guru di sekolah.

Semuanya berlaku kerana nafsu diniyyah dikawal dan diatasi oleh nafsu haiwaniyyah.Sepatutnya sebagai orang islam diri atau jisim itu ahrus dibentengi dengan amal dan takwa.Dengan kuatnya dua struktur ini,nescaya mereka akan cepat sedar dengan kemungkaran yang bakal berlaku.

Jelas cinta yang didorongi hawa nafsu akhirnya akan kecundang dan tunduk kepada tipu daya syaitan.Kepada mereka yang bercinta harus ingat benda ini semua,kawallah nafsu,bersihkan akal dan tingkatkan iman agar kita dapat menghadapi benda ini semua.Nauzubillah....

dipetik dari http://alfadhiln9.blogspot.com/

libasuttaqwa......
Yg mcm mana islam nak.....

Antara ciri pakaian yang digariskan oleh islam pada setiap muslimah ialah seperti berikut:

1)Menutup seluruh tubuh
Apa yg dimksdkn di sni ialah pakaian yg bernama JILBAB.JILBAB bermaksud pakaian yg mnutup seluruh badan termasuk muka dan tapak tangan dan juga dua tapak kaki.Di dalam surah annur ayat 31 ad mnyatakan tentang hal ini secara terang dan nyata dan jnji Allah kepada muslimah yg memakai pakaian ini ialah mereka dipelihara daripada sebarang perkara Allah.Itu jnji Allah yg nyata daripadanya.

2)Labuh sehingga menutup kaki
Ummu salamah pernah bertanya kpd Rasulullah SAW "Aku termasuk wanita yg mmakai pakaian labuh sehingga apabila aku bjln di tempat kotor,terkena kotoran di pakaianku" Rasulullah mnjawab "cucilah selepas itu".(rwyt Abu Daud).
Hadis ini mnjlskan bhw nabi amt lebih mngtumakan penjagaan aurat drpd najis.kerana kktoran najis mdh dicuci,sdgkn terdedah aurat mnjdikan kseluruhan diri dan org lain yg melihatnya trut berlumuran dosa,sukar tuk dicucikan.

3)tiada perhiasan,walaupun pd pakaian luar.
Dlm surah annur ayt 31 terdapat mksd ayat mnyebut tntg lrgn menampakkan perhiasan ,kecuali perhiasan yg biasa nmpk padanya.Firman Allah yg bermaksud "jgnlag mereka mnmpkkn perhiasan,kecuali yg biasa nmpk padanya".Menurut dalam pelbagai kitab tafsir ,bahawa tafsiran tersebut adalah sperti berikut "janganlah mereka (wanita islam) melahirkan sesuatu perhiasan kepada orang asing (ajnabi).melainkan apa yg tidak boleh mereka sembunyikan".

4)Pakaian tebal & tidak ditelusi pandangan.
Suatu hari,Asma Abu Bakar dtg mnemui Rasulullah dalam keadaan berpakaian nipis Rasulullah terus berpaling muka dan brkata "wahai Asma',bila seorg wanita tlh smpi masa haid (baligh),maka lelaki ajnabi tdk boleh melihatnya,kecuali kadar had ini (rasulullah m'isyaratkan pd muka dan tapak tangan)".Hal ini pakaian yg ingin dipakai oleh setiap wanita mestilah tdk jarang,ini kerana bimbang tkut tmbul ftnah dan tmbul syahwat.

5)Tidak jarang sehingga terbayang kulit dan bntuk bdan
Tujuan berpakaian ialah menutup bntuk tbuh bdn.jika seseorang itu berpakaian tetapi masih lagi melihatkn tbuhnya maka diumpamakan oleh rsaulullah iaitu brpakaian ttp seperti bertelanjang.Imam Ahmad pernah meriwayat satu hadis yg dinukilkan dlm kitab Alhadisul mukhtarah krgn Addehya almuqaddasi "rasulullah pnh mhdiahkan kepadaku pakaian tenunan qibtiya dari bng kapas yg tbal tpi jrg,yg dihadiahkan oleh Dihyah alqalbi kpdnya.Baju itu akn kuberikan kpd isteriku,bila dilihat aku tdk memakai baju tersebut,beliau bertanya "mengapa kamu tdk memakai baju itu".jwbku "baju itu akn kuberikan kepada isterikua'.Lalu beliau bersabda "sruhla dia memakai baju dalam krn baju itu jarang dan dkhuatiri akan terbayanag kulit dab bntuk tubuhnya".......

Bingkisan Rindu

Sunday, October 12, 2008


Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

 
Setangkai Rasa Seindah Bicara - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB