ayat-ayat ilmu

Saturday, December 6, 2008

kita dah besar, ilmu dah banyak... so kita reti nak menilai kehidupan ni.. hakikatnya mmg aku copy paste, ini berdasarkan suruhan nabi SAW sebarkan ilmu walaupun seayat.. dan betul apa yang nabi katakan, jalan menegakkan kebenaran ni bukan mudah.. sebesar mana kebaikan kita cuba sampaikan tetap akan ada orng akan lempar "taik" pada kita... dan yang amat menyedihkan bila orng ISLAM kita sendiri yang melakukan demikian..

but, sabarlah, kita gagah kerana berjaya mengawal marah.. diaorng kalah kerana gagal mengawal nafsu...

mengalah bukan ertinya kalah... tapi jauhkan diri dari kebinasaan itu lebih utama.

kalau kita dah cuba tunjukkan, dah cuba selamatkan tapi kalau diri sendiri buta untuk melihat, jadi terserah pada individu..

hidayah itu daripada Allah SWT. so beruntung sapa yang dapat, dan sgt2 rugi sapa yang x dapat...

nway, mcm2 perkara yang berlaku dalam 3 minggu ni, buat aku matang dalam mengenali orng sekeliling.

yng penting apa yang aku pelajari ialah, ada orng merasakan dirinya ada byk ilmu tapi sedikit darinya yang menjadi manfaat, ada orng sedikit ilmunya, tapi manfaat nya seluas semesta alam...

fikir2lah... kesenangan didunia BUKAN jaminan kesenangan di akhirat? bukan?

1 comments:

Al-Razi said...

saya setuju dgn kamu.
Hendaklah kita semua mempelajari ilmu-ilmu Islam sedalam-dalamnya setakat mampu dan usahlah terpedaya dengan tipuan dunia. Termasuk tipuan dunia ialah sijil-sijil dan ijazah...juga yg sepertinya...saya hairan mengapa terdapat ramai merasa gembira jika sudah menghabiskan pengajian selama 3 atau 4 thn dan beroleh ijazah..? apa yg merasa gembira sangat dengan ilmu yg sekadar 3 atau 4 thn ? itu belum ditolak dgn cuti, ditolak dengan malas dan belum ditolak dgn pengajian selama 3 atau 4 thn hanyalah dengan menghadiri kelas, membaca nota dekat2 periksa dan lulus kemudian balik setelah beroleh ijazah ??? itukah yg dikatakan menuntut ilmu ? itukah yg dibanggakan ?
sedangkan kitab-kitab khazanah umat Islam tersimpan begitu saja tanpa disemak dan dikaji dan dibuka...
Apakah kamu semua merasa sudah puas dgn ilmu 3 atau 4 thn ?

Sesiapa pun harus menyedari ilmu mereka terhad dibanding kebenaran hakiki yang merupakan ilmu Allah swt. Tidak akan selesai pengajian dan penyelidikan mencari kebenaran sekalipun menjawat pangkat tinggi atau memiliki ijazah, master,phd.

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَاداً لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَداً
“Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".(Al-Kahfi : 109).

وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Luqman : 27).

Benarlah sabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan kepadanya maka diberikan kepadanya akan kefahaman dalam agama.” (Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).


Wallahualam.

 
Setangkai Rasa Seindah Bicara - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB