dari "live of mastersiasi"

Saturday, October 18, 2008

cinta insani yang tidak abadi..
cinta Allah penuh kenikmatan dan kerahmatan...

Menyoroti kisah habil dan qabil di dalam sorotan qisasol anbiya' yang kedua-duannya membelakangkan hubungan persaudaraan sedarah sedaging semata-mata hanya kerana seorang wanita yang sama-sama dicintai iaitu Iklima.Umum mengetahui habil dan qabil ialah anak nabi pertama didalam islam iaitu nabi Adam alaihissalam.Nyata disini iman itu tidak boleh diwarisi dari keturunan,malah ianya perlu dicari sendiri melalui jalan amal soleh dan jalan taqwa.

Rasulullah,sahabat-sahabat,tabi'in,ulama-ulama' banyak yang berpandangan bahawa cinta terhadap pencipta adalah cinta yang abadi dan kekal untuk selamanya.Cuba kita lihat jika kita mencintai seseorang insan apapun kita sanggup buat untuknya bahkan kentutpun bau wangi.Lihat contoh seorang wanita dizaman awal islam yang bernama Rabiatuladawiah,lihat bagaimana munajatnya kepada Allah begitu tinggi sehingga beliau dilamar oleh seorang alim yang bernama Hassan Albasri beliau menolaknya kerana takut munajatnya terhadap yang esa akan berkurang dan terganggu.

Firman Allah "katakanlah jika kamu cinta dan sayang kepada Allah maka turutilah dia (ikut segala perintahnya),cintaila kamu kepada Allah maka akan diampunkan dosa-dosa kamu"....surah Albaqarah.

Ayat ini cukup jelas menyatakan bahawa cinta kepada Allah adalah yang lebih utama daripada cinta insani.Namun begitu sekarang ini terdapat berbagai-bagai pendapat mengenai cinta kepada insan.Ada yang menyatakan bahawa cinta kepada insani ini boleh dan harus asalkan ia dibatasi syariat Allah.Ada juga berpendapat ia adalah zina hati seterusnya mengharamkannya.Ada juga yang berpendapat bahawa ia perlu bagi melahirkan keserasian diantara kedua-dua pasangan.Namun ia bergantung kepada seseorang individu untuk menilai pendapat yang mana kuat hujahnya pada benak pemikiran mereka.

Situasi sekarang ini bila kita lihat agak merbahaya kerana cinta yang sering diagong-agongkan sering menghasilkan natijah yang buruk.Sebagai contohnya ialah hubungan terlarang,zina,lahirnya anak luar nikah dan ada yang sangup membunuh diri kerana kecewa dengan percintaan.Lebih teruk lagi ia melanda teruk dikalangan remaja islam.Dimanakah hilangnya nilai dan maruah mereka?siapa yang harus dipersalahkan?ibu-bapa,sistem pendidikan negara kita atau guru-guru di sekolah.

Semuanya berlaku kerana nafsu diniyyah dikawal dan diatasi oleh nafsu haiwaniyyah.Sepatutnya sebagai orang islam diri atau jisim itu ahrus dibentengi dengan amal dan takwa.Dengan kuatnya dua struktur ini,nescaya mereka akan cepat sedar dengan kemungkaran yang bakal berlaku.

Jelas cinta yang didorongi hawa nafsu akhirnya akan kecundang dan tunduk kepada tipu daya syaitan.Kepada mereka yang bercinta harus ingat benda ini semua,kawallah nafsu,bersihkan akal dan tingkatkan iman agar kita dapat menghadapi benda ini semua.Nauzubillah....

0 comments:

 
Setangkai Rasa Seindah Bicara - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB