Pernikahan Semasa Belajar

Friday, September 12, 2008

Saya rasa terpanggil dalam membincangkan isu ini setelah membaca satu artikel yang menarik dari sebuah jurnal. Apa yang akan saya bicarakan disini adalah dari sudut pandangan saya sebagai seorang hamba Allah. Dewasa ini isu masalah sosial bukan lagi sesuatu masalah terpinggir, TETAPI telah menjadi masalah yang amat membimbangkan. Persoalannya adalah kenapa? Mengapa harus begitu jadinya? Kita melihat bahawa mahasiswa adalah bakal tonggak yang akan merencana corak masa depan negara kelak. Kebanyakan mahasiswa terutama ibubapa mahasiswa agak tidak setuju dengan perkahwinan ketika sedang dalam pengajian kerana ianya adalah satu `gangguan` bagi mereka. Betulkah perkahwinan itu satu gangguan? Dari dalil manakah diterangkan bahawa perkahwinan adalah satu gangguan ketika sedang belajar? Semua ini adalah dari fikiran sendiri yang terikut-ikut dengan keadaan orang sekeliling. Perhatikan dalil ini:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jeniskamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suamai-isteri)perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". (Ar-Rum21)

Lihatlah betapa dalil ini menerangkan secara dasar dan syumul, tentang konsep perkahwinan dalam islam. Jadi mengapa harus ditentang jika seseorang mahasiswa ingin melangkah ke gerbang rumah tangga? Jika mereka bersedia dari segi rohani dan jasmani, apa salahnya untuk membenarkan mereka meneruskan niat yang suci itu. Pastinya kita tidak mahu mahasiswa dilabel sebagai rosak akhlaknya. Jika mereka tidak dapat memuaskan nafsu melalui jalan yang halal maka mereka akan pasti mencari jalan yang haram. Jangan disoalkan tentang keimanan, kerana dewasa ini, iman begitu rapuh dikalangan kita. Anda bersetuju bukan? Jadi bersamalah kita fikirkan semoga kita semua mendapat satu pilihan yang terbaik buat diri kita untuk mengelak dari permasalahan yang tiada sudahnya. Wallahualam bissawab.

 
Setangkai Rasa Seindah Bicara - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB