Pernikahan: Ikatan Positif Yang Diberi Alasan Negatif

Thursday, February 26, 2009


Dunia kampus memang tidak pernah kering dengan suasana riuh rendahnya para pelajar. Ia adalah alam dunia remaja yang begitu mengasyikkan dalam melayari sebuah perjalanan menuju kedewasaan. Rata-ratanya meredah sebuah perjalanan menuju martabat dan makam kematangan. Kematangan dalam fizikal, berfikir, membuat keputusan dan membina sebuah jati diri seorang insan.


Dalam kehangatan keriuhan suasana tersebut, isu yang paling mendapat perhatian saban waktu adalah isu berpacaran atau berpasang-pasang- nya remaja lelaki dengan perempuan.



Masing-masing sudah mula mengerti alam hati dan jiwa. Menerobos alam percintaan dan suka kepada jantina berbeza. Mula berimaginasi melayari naluri sayang di antara satu sama lain di antara insan dua jantina berbeza. Memiliki keinginan untuk bermanja, dimanja, dan memanjakan seseorang pasangan pilihan. Ingin bersama saban waktu dan ketika di setiap tempat. Mahu sentiasa makan bersama, belajar bersama, berjalan bersama, sehingga membuahkan perasaan tidur juga mahu bersama.

Itulah hakikatnya yang rata-ratanya dialami oleh warga remaja dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar kampus di usia remaja.. Di saat jutaan sel dan hormon dewasa di dalam badan mula aktif. Perasaan ingin berpasangan yang semakin membuak-buak. Kehangatan perasaan jiwa yang bukan semakin suam, tetapi terus membara dan membakar hati.

Ya.... perasaan tersebut memang sukar untuk surut dan reda. Hati-hati mereka akan terus dibanjiri dengan seribu kekacauan dan gelojak jiwa ingin bercinta, menyintai dan dicintai. Kehangatan suasana pergaulan masa kini memang suatu faktor yang menjadikan semua itu sukar untuk dikawal. Menjadikan mereka mudah terperangkap dan hanyut.

Betapa dunia kita terdedah dengan pelbagai jenis media massa, media cetak, mahu pun dunia global yang hanya dengan pergerakan jari mampu meneroka seluruh pergolakan dunia.. Saban hari pelbagai isu disebarkan yang benar-benar mengganggu ruang hati yang mengajak kepada perasaan yang pelbagai, termasuklah membangkitkan perasaan cinta dan ingin berpasangan. Ditambah lagi dengan realitinya dunia yang sememangnya begitu. Menjadikan hati-hati naluri manusia bergelar remaja begitu mudah dirangsang.

Maka, ianya suatu yang bukan lagi menghairankan manusia biasa seperti kita. Di mana setiap kita dianugerahi dengan sifat kasih sayang dan perasaan cinta. Perasaan ingin memiliki dan dimiliki. Terlalu banyak rangsangan dan faktor yang mengarahkan (meng-aktifkan) apa yang terpendam tersebut bertindak lebih awal. Seluruh pancaindera berfungsi sepenuhnya dengan menyerap kepelbagaian input tersebut. Maka, lubuk naluri dalaman kita dirangsang sama ada dengan dipaksa berfungsi awal atau pun terlaksana sendiri tanpa kawalan yang mengakibatkan jiwa-jiwa dalaman kita meletup-letup dan membuak-buak..

Disebabkan kesilapan mengawal serta mendidik diri akhirnya berlakulah kesilapan seperti kita lihat dewasa ini, kes buang anak merata-rata menjadi lumrah tajuk media massa hari ini.

Di dalam menghadapi sebuah suasana ini, penyelesaiannya tidak lain. Iaitu adalah dengan Islam itu sendiri. Dengan sebuah agama yang cukup-cukup sempurna dan tidak terkalahkan. Sebuah solusi yang begitu agung dan mulia. Sebuah agama yang agung, sudah pasti memiliki sebuah pilihan jalan yang cukup-cukup agung dan ulung.

Islam memberi pilihan dengan sebuah ikatan bernama “Pernikahan”.

Namun sayangnya... betapa ramainya para remaja masa kini yang memandang kalimah pernikahan sebagai sebuah perkara yang negatif. Pelbagai alasan yang diberi. Di antaranya:

1 – Belum sampai masanya. Kerana masih terlalu muda.

2 – Belum sampai waktunya, kerana masih di alam pengajian dan mahu menamatkan pelajaran sehingga meraih segulung ijazah terlebih dahulu.

3 – Belum ada duit untuk membina sebuah rumahtangga.

4 – Keluarga masing-masing tidak memberi laluan.

Inilah bentuk-bentuk alasan yang cukup sering kita perolehi dari mulut-mulut mereka. Betapa negatifnya mereka terhadap sebuah alternatif yang cukup-cukup baik lagi sempurna yang telah disediakan oleh agama Islam.

Lalu, mereka memandang positif pula begitu banyak perlakuan maksiat lainnya.

Di dalam alasan “belum sampai masanya” tersebut jugalah mereka mengambil masa yang ada bagi melayari semua perkara terlarang. .

Begitulah remaja-remaja kita hanyut dengan fatwa jiwa (bukannya fatwa hati berdasarkan keimanan) masing-masing. Meninggalkan yang halal dengan mengambil yang haram. Memandang yang positif sebagai negatif dan memandang yang negatif menjadi positif.

Akibat sebuah alasan “belum sampai waktunya” itu jugalah, kebanyakan remaja-remaja kita terobek kesuciannya sebelum sampai waktunya. Melahirkan anak sebelum waktunya. Menamatkan pengajian dari kampus sebelum waktunya. Menamatkan zaman daranya sebelum waktunya. Menikmati tubuh jantina berbeza sebelum waktunya. Menikmati naluri seks juga sebelum waktunya. Akibatnya? Anda sendiri jawab...

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyediakan jalan yang begitu suci dan murni buat orang-orang yang beriman supaya mereka aman di dalam perjalanan kehidupan mereka. Tenang bersama sebuah kehalalan. Memberi jaminan kepada mereka yang menghargai sebuah pemberian. Pemberian Allah yang tiada tolok bandingnya. Iaitu sebuah syari’at yang bernama pernikahan.

Setiap insan yang matang sudah pasti mampu melakukannya. Janganlah beralasan dengan alasan bodoh lagi. Mahu mengumpul wang untuk tujuan karut marut sebuah hantaran perkahwinan. Mahu mengumpulkan perbelanjaan bagi tujuan bertukar (berbalas) dulang yang khurafat. Mahu meraih pekerjaan terlebih dahulu bagi membolehkan menyediakan cincin pertunangan dan pernikahan ribuan ringgit yang sebenarnya bertasyabbuh (menyerupai) dengan kaum kristian. Tidak lain, semua itu adalah karut-marut dalam sebuah pernikahan yang telah sedia suci. Selamilah perkahwinan yang dianjurkan oleh agama. Bagaimana Nabi kita memberi petunjuk. Lihatlah bagaimana para Sabahat-sahabat nabi melayari pernikahan mereka dengan cahaya agama. Sesungguhnya Islam sentiasa menyediakan ruang yang cukup-cukup mudah lagi positif.

Hanya mereka yang befikiran negatif, maka akhirnya kehidupan mereka turut menjadi negatif.
Percayalah bahawa ikatan pernikahan adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan perkara-perkara yang negatif. Ia adalah sebuah alternatif yang sangat positif anugerah dari Tuhan yang maha Mencipta dan maha Mengatur.

Jika anda telah memiliki minda yang positif, maka insyaAllah... . anda layak menikmati hubungan di antara dua jantina dengan hasil yang juga cukup-cukup positif. Percayalah bahawa nikmat dan rezeki Allah sangat-sangat mencukupi untuk para hamba-hamba- Nya yang benar-benar beriman. Janganlah bersangka dengan sangkaan yang negatif kepada Allah dengan bertujuan mengambil yang haram dan meninggalkan yang halal.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nuur, 24: 32)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah memetik perkataan Ali bin Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu ke dalam tafsirnya terhadap ayat ini bahawa:

“Allah memberi galakkan kepada manusia untuk bernikah.. Allah memerintahkan nikah kepada orang-orang yang berstatus merdeka mahu pun hamba sahaya. Allah berjanji kepada mereka akan memberikan kecukupan atau kemampuan untuk menikah.” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Wahai pemuda, sesiapa di antara kamu yang telah mampu mmengeluarkan belanja pernikahan, maka hendaklah dia menikah, kerana menikah itu akan menjaga pandangan dan memelihara kemaluan...” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Percayalah bahawa rata-rata remaja zaman ini secara umumnya mereka semua mampu mengeluarkan perbelanjaan tersebut jika ia dilaksnakan menurut cara yang syar’i dengan meninggalkan pelbagai karut-marut pernikahan yang diwarisi dari adat jahiliyyah. Masakan tidak mampu jika rata-rata mereka sudah mampu mengeluarkan belanja telefon bimbit ratusan ringgit setiap bulan bagi berhubungan dengan pasangan masing-masing. Mengeluarkan ratusan ringgit untuk sebuah perjalanan makan angin bersama. Mengeluarkan perbelanjaan setiap hari untuk makan bersama dan sebagainya. Fikir-fikirkanlah. .. Bahawa perbelanjaan pernikahan adalah lebih rendah dari semua itu. Malahan, mereka turut dibiayai pelbagai wang biasasiswa dan seumpamanya. Malah, tidak kurang ramai di antara mereka yang telah memiliki perniagaan sendiri. Salurkanlah duit ke jalan yang betul dan bukan dibelanjakan untuk tujuan yang haram. Hiduplah dengan jalan yang diberkati dan penuh pahala saban waktu.

Daripada Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Carilah kecukupan rezeki dengan bernikah, kerana Allah berfirman, “Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya.” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir dan ath-Thabari)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka,

1 – Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,

2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,

3 – Orang yang berperang di jalan Allah.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Lihat Shahihul Jami’, no. 3050)

Malahan, Imam Ibnu Katsir juga turut menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menikahkan seorang lelaki yang tidak memiliki apa-apa melainkan kain yang dipakainya. Sehinggakan dia tidak mampu walaupun membeli cincin dari besi. Walau pun demikian, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menikahkannya dengan seorang wanita dan menjadikan mas kahwinnya berupa al-Qur’an kepada isterinya, kerana hanya itu yang dia miliki. Kita semua sedia maklum bahawa kasih sayang Allah dan kebaikan-Nya adalah memberi mereka berdua kurniaan rezeki yang dapat mencukupkan hidup mereka. (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir)

Sebagai menutup tulisan ini, pastikanlah pasangan anda adalah seorang individu yang bertanggungjawab dan bersedia meraih kematangan dengan cara yang diiktiraf. Iaitu bertanggungjawab terhadap diri anda dan agama dengan mengambil setiap jalan penyelesaian dengan agama. Yang lebih penting, sentiasa berusaha dan bersedia memperbaiki diri dan kelemahan masing-masing.

Jauhuilah individu yang membelakangkan agama untuk menjadi pasangan anda. Fahamilah bahawa pasangan yang mangajak untuk bersama-sama(melakukan maksiat seperti berpegangan tangan dan sebaginya) dalam pelbagai perkara tanpa mendahulukan ikatan pernikahan, bahawa dia sebenarnya adalah individu yang tidak bertangunggjawab. Yang mungkin hanya akan merosakkan anda di masa hadapan.

Wallahu a’lam...


disunting kembali dari sahabat blog an-nawawi.




Renungan dari seorng sahabat...

Sunday, February 22, 2009

tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan...

KHAIBAR YA YAHUD!!!

Wednesday, January 14, 2009

Yahudi laknatullah... Yahudi laknatullah... Yahudi laknatullah!! Bangsa yang paling hina, tunggulah saat tentera Allah SWT datang, ke lubang cacing tak akan mampu engkau sembunyi, kerana bauan kehinaan yahudi itu tak pernah luntur dari bangsa mu... Dimana engkau berada, bauan kehinaan itu tetap dihidu... Janji-janji Allah tetap Maha Benar.

 
Setangkai Rasa Seindah Bicara - Design by: Searchopedia convertido para o Blogger por TNB